Assalamualaikum,
How was everyone..may Allah bless u all..:-)
what a very beautiful friday morning today..alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk meghirup dan mnikmati udara segar hingga ke hari ni..Alhamdulillah.
Di pagi hari jumaat yang mulia ni,penghulu segala hari saya rasa bersemangat nk menulis dan share satu entry dengan sahabat semua pasal friendship,yakni persahabatan..:-).
sahabat,bunyinya sangat rapat bukan?berbanding dengan kawan,teman dan lain2..apa pun mksudnya still sama walaupon ejaan lain...apa yang saya ingin bualkan disini ialah,mungkin pasal diri saya sendiri atau sahabat2..dan saya harap agar ianya dapat bagi faedah atau kebaikan pada kita semua.
sebelum itu,sedikit coretan dari saya buat sahabat (ayat main bantai jer,x sedap mintak maaf)
sahabat...kau merupakan insan teristimewa dalam hidupku,
hadirnya dirimu bnyak mengingatkan diri ini,
dari terleka,alpa dan terlupa,
bahagia sungguh rasa hati ini,
tatkala kita semua saling sama-sama mengingati,
masihku kuingat saat itu,kadang2 rasa mahu masa itu kembali,
sahabat..masa memang selalu mencemburui kita bukan,
namunku bersyukur dengan masa yang kita luang bersama,
dapat membina dan mengikat hati-hati kita semua pd jln-NYA,
indah sungguh berukhuwah kerana-MU Ya Allah,
adanya rasa kasih dan sayang pada sahabat,
melukai hati mereka ibarat melukai hati sendiri.
sahabat..namun ku ingin kau tahu,
bahawa,diri ini juga tidak sempurna,
terkadang hatimu terluka kerana kealpaan diri ini,
kuharap jangan kerana itu talian ini diputuskan,
kerana sesungguhnya kau sahabat adalah anugerah dari Allah,
sahabat..semoga akhirnya kita sama2 ke syurga-NYA.
kadang-kadang hubungan persahabatan itu amat sukar untuk difahami, hanya yang merasai mampu memahami...mungkin ada antara kita pernah kecewa dengan sahabat,malah diri saya sendiri saya juga pernah merasainya..namun kata-kata dibawah buat diri saya sedar,cukup sedar malahan rasa diri ini amat teruk, maaf kupinta dari sahabat....moge sahabat yang lain boleh renungkan sekejap,
'' Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana
kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana
kebaikkannya kerana mungkin dengan satu keburukkan, kita mungkin akan membencinya.
Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana
sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan
menyalahkannya.
Andai kita inginkan sahabat yang berilmu, janganlah
kerana ilmunya kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya.
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia
seadanaya, kerana dia sahabat, yang hanya manusia biasa, jangan diharapkan
terlalu sempurna, kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah
cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya.
Bersederhanalah dalam persahabatan InsyaAllah kita
tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan.''
Saidina Ali R.A,
(selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari)
kadang-kadang dalam kita tidak sedar,sahabat itu mungkin seribu lebih baik dari kita..jadi ayuh sahabat marilah kita bersangka baik dan terima sahabat kita seadanya di waktu senang atau susah..insyaAllah..peringatan buat diri ini juga..:-)
p/s:
Jadilah CAHAYA walaupun tak tersentuh, namun mampu
MENERANGI..
Biarpun hanya seperti KUNANG-KUNANG yang menerangi
dalam KESEDERHANAAN..
Jadilah ANGIN walaupun tidak kelihatan,namun memberikan
KESEJUKAN..
Jadilah SAHABAT SEJATI walaupun tak selalu bersama
menjalani hari,namun selalu ingat dalam barisan DO’A setulus hati..
Semoga sahabat saudaraku sekalian selalu dalam
lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala,Aamiin..
maafkan saya sahabat-sahabat semua...Assalamualaikum..:-)
.
0 comments:
Post a Comment